Resepi sup ikan untk kesihatan.

Resepi serba ringkas ini adalah resepi dari kaum ubian Sabah. ( majoritinya tinggal di kawasan pesisir pantai dan pulau )
Resepi ini neutral sahaja dan sangat sesuai kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan.

gambar sumber dari google.

Bahan-bahan

1. ikan ( jenis ikan terpulang pada anda )
2. Serai 2@3 batang ataupun bawing (Kemangi)
3. sayur (bergantung pada anda) -jika mahu-

Cara-cara memasak

Pastikan ikan d lumur dgn asam jawa atau garam bagi menghilangkan bau hanyir…

1. Masukkan air dalam periuk berserta serai atau bawing (kemangi)

2. Biarkan mendidih seketika sehingga aroma serai atau bawing (kemangi) naik.. kemudian masukkan ikan.

3. tunggu sehingga masak dan matikan api.

sup anda sedia untuk dihidangkan.

p/s :
1. Perahkan limau jika mahu ketika sup sedia untk d makan.
2. jika ingin pedas, bolehlah pecahkan cili di dalam mangkuk sup.
3. garam secukup rasa. bubuh ketika hendak makan.

Selamat mencuba resepi yang sangat mudah ini.

makanan tradisi untuk kesihatan.
Jika tidak biasa dgn makan seperti di atas, seseorang akan rasa loya atau rasa sangat janggal. kurang perasa dan sangat ringkas bahan2nya.

-ato-

Be the first to comment on "Resepi sup ikan untk kesihatan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*