Resepi rojak mudah dan menyelerakan

Mee ROJAK 


Keenakan dan kenikmatan mee rojak bergantung pada keenakan kuahnya… Makin sedap kuah yang kita hasilkan, maka makin sedap lah mee rojak yang kita hidangkan. Terdapat pelbagai jenis resepi rosak dan ianya mempunyai perbezaan rasa… Lain org lain la respinya… Antara resepi yang menjadi pilihan saya adalah seperti resepi d bawah ini.. Ianya mudah dan menyelerakan… 

Resepi Nasi Jagung Mudah Dan SedapIkuti pilihan resepi saya untk kuah mee rojak…


Bahan2 yang d perlukan

2-5 biji kentang – 
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10-20 tangkai cili kering ( bagi penggemar rasa pedas, boleh lah tambahkan cili padi secukup rasa )
1– 2 inci halia
1 inc belacan
udang kering – direndam
1/2 cawan air asam jawa
3-5 sudu besar kacang tanah – ditumbuk 

gula melaka secukup rasa- dicairkan
garam dan gula secukup rasa… 


Cara2nya…

1. Kisar hingga halus bahan2 Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, belacan dan udang kering. 
2. Kupas kentang dan hiris2 kemudian blend halus.
3. tumis bahan2 yang telah di kisar hingga  harum dan garing. Kemudian masukkan kentang yang telah diblend tadi. 
4.Biarkan seketika. 
5. Masukkan air asam jawa dan air gula melaka  dan tunggu sehingga masak dan didih. 
6. Akhir sekali masukkan garam, gula dan kacang tanah. 
7. Kuah mee rojak sedia untk dihidangkan..



Selamat mencuba.. Resepi yang mudah untuk disediakan.

Be the first to comment on "Resepi rojak mudah dan menyelerakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*