Resepi Puding Karamel Pisang

Hasil perkongsian Fida Ida

Bahan-bahan:-
( A )
2 senduk gula
1 cawan air

( B )
1 bungkus agar2 serbuk
3 cawan air
1 senduk gula

( C )
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
4 biji pisang ( diblender dgn 3 cawan air hingga hancur )
( campur kesemua bhn C ini sehingga sebati )

( D )
3 biji pisang ( dipotong nipis )

Cara Penyediaan:-
1. Gula di bhn A dihanguskan.bila dah cair dan berwarna emas atau perang,masukkan air dan kacau hingga sebati.tutup api dan masukkan dlm loyang.ketepikan.
2. Didihkan bhn B.kecilkan api dan masukkan pula bhn C yg telah dicampur sebati tadi.kacau selama 10 minit.matikan api,tuang ke dlm loyang yg berisi gula hangus tadi.biar selama 30 minit.
3. Masukkan pisang yg telah dipotong nipis tadi.
4. Sejukkan sebentar,masukkan dlm peti ais selama 3 jam atau betul2 keras.keluarkan dan terbalikkan atas talam.sedia untuk dimakan.

Be the first to comment on "Resepi Puding Karamel Pisang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


13 − six =