Resepi Nasi Lemon

Hasil perkongsian Haziah Zaidin

bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi
3 1 /4 cawan air
1 cawan susu segar / cair
1 biji lemon (diparut kulit dan perahan jus)
2 sudu besar stok ayam
1sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak jagung dan mentega

Bahan tumis
2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sm halia dihiris memanjang
Sedikit daun pudina dan daun sup dihiris halus
Cara
1. Beras dibasuh direndam 10 minit dan ditoskan masukkan ke dalam rice cooker
2. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan tumis hingga wangi
3. Masukkan air dan susu cair biar mendidih
4. Masukkan parutan kulit dan perahan jus lemon , stok ayam, serbuk kunyit serta garam dan gula secukup rasa.
5. Masukan kedalam rice cooker dan tanak nasi seperti biasa.

Be the first to comment on "Resepi Nasi Lemon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twelve + 18 =