Resepi Nasi Hujan Panas Simple

Perkongsian dari Elise N Din

NASI HUJAN PANAS SIMPLE

Bahan-bahan:

4 cawan beras Basmathi
3 1/4 cawan air
2 ulas bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 biji kayu manis
1 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
4 sudu planta
1/2 tin susu cair
3 helai daun pandan
2 sudu pewarna merah atau hijau atau kedua-duanya


Cara-caranya:

1) Beras dibasuh dan direndam 10 minit dan masukkan air mengikut sukatan.Biarkan seketika.

2) Tumiskan planta,bawang besar,bawang putih,kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga.

3) Setelah tumis,masukkan bahan tumis kedalam rice cooker tadi beserta daun pandan dan susu cair.

4) Tanak seperti biasa,setelah masak masukkan pewarna merah atau hijau atau kedua-duanya.

5) Biarkan seminit dan siap untuk dihidangkan.

Be the first to comment on "Resepi Nasi Hujan Panas Simple"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twenty + 10 =