RESEPI NASI GORENG SEMPOI

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
10 biji cili api
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar stok ayam
Minyak masak secukupnya utk menumis

Cara-cara :
1. Tumbuk cili api , bawang merah , bawang putih dan ikan bilis hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak tumis bahan -bahan yang ditumbuk hingga garing.
3. Pecahkan telur ke dalam bahan yang ditumis. Kacau hingga berketul. Masukkan sos tiram dan stok ayam.
4. Masukkan nasi dan goreng hingga tiada ketulan.
5. Boleh dihidang mengikut kreativiti masing- masing

Be the first to comment on "RESEPI NASI GORENG SEMPOI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


two × 4 =