Resepi Nasi Ayam Penyet. Mudah dan sedap… Nyam nyam nyam….

Nasi Ayam Penyet
Resepi ayam penyet


Nasi Ayam Penyet antara makanan yang semakin mendapat tempat dan digemari oleh masyarakat negara Malaysia. Resepi  Nasi Ayam Penyet sebenarnya  berasal dari Indonesia. Oleh kerana ianya mudah maka ianya kini menjadi salah satu menu pada kebanyakkan restoran.  
 Untuk menarik ramai pelanggan, ada restoran yang menawarkan Nasi Ayam Penyet Separuh iaitu, bahagian paha dibahagikan kepada dua. Nasi Ayam Penyet Separuh mampu milik oleh semua lapisan masyarakat dengan harga rm5.

 Kenikmatan Nasi Ayam Penyet terletak pada sambalnya. Jika sambalnya power, makan powerlah Nasi Ayam Penyetnya. 

Marilah kita sama-sama berkongsi Resepi Nasi Ayam Penyet di bawah ini.

  • 1 ekor ayam di potong 8 atau 10 atau bergantung pada kemahuan anda.
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • minyak masak
  • air

Bahan-bahan buat nasi ayam penyet:
  • 3 cawan beras
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • sedikit butter
  • secubit garam

Bahan sup ayam:
  • Mengikut citarasa anda.

Bahan sambal ayam penyet:
  • 10 tangkai cili padi ( untuk yang suka pedas menikam, boleh lah tambah cili padi)
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah di belah 4
  • 3 biji bawang putih di hiris
  • 5 biji tomato di belah 4
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah
  • ikan bilis
  • minyak masak
  • limau nipis

Cara buat ayam penyet:
  1. Ayam yang sudah di potong di cuci bersih dan di rebus sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan ayam. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan digunakan untuk menanak nasi dan buat sup.
  3. Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
  5. Tambah sedikit air dan kisar hingga halus.
  6. Lumurkan kisaran tadi pada ayam yang sudah di rebus.
  7. Perap ayam selama semalaman sebelum di goreng.
  8. Campur dengan tepung beras dan telur dalam satu bekas.
  9. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau hingga rata.
  10. Celupkan perapan ayam dalam campuran tepung dan telur tadi.
  11. Goreng ayam dalam minyak panas sehingga ayam berwarna kuning keemasan.
  12. Angkat dan toskan.
  13. Renjiskan adunan tepung tu dalam minyak untuk mendapat keriuk-keriuk rangup.

Cara buat nasi ayam penyet:
  1. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan daun pandan hingga naik harum.
  2. Masukkan beras dan masak selama 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.
  4. Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak.

Cara buat sup ayam:
  1. Mengikut kemahiran masing-masing.

Cara buat sambal ayam penyet:
  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng cii merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur.
  3. Kisar ikan bilis dan cili tadi dalam blender bersama belacan bakar.
  4. Tumis bahan yang di kisar tadi hingga harum.
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam.
  6. Hidangkan Nasi Ayam penyet dengan hiasan yang boleh menambahkan selera.
  7. Bila nak makan, perahkan dengan limau nipis.

Selamat mencuba.
Moga ianya dapat membuka selera anda sekeluarga….

-ato-



Be the first to comment on "Resepi Nasi Ayam Penyet. Mudah dan sedap… Nyam nyam nyam…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*