RESEPI MEE KUAH DAGING

Bahan-bahan:

Kuah Mee:

  • 1 kg tulang dan daging lembu
  • 300g udang basah
  • 1 ketul ubi keledek
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar, dikisar
  • 1 inci halia, di ketuk
  • 1 cawan serbuk kuah kacang (kuah pecal)

Lain-lain bahan:

  • 2 bungkus mee kuning
  • 1 ikat sawi
  • 2 cawan taugeh
  • Tahu, digoreng dan potong nipis
  • Kueh cucur udang, potong kecil-kecil
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Cili hijau jeruk
  • Hirisan daun sup dan daun bawanG 
  • Bawang goreng
  • Hirisan limau nipis

Cara menyediakan:

  1.  Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi.
  2. Basuh udang dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan airnya dan campurkan kedalam air rebusan tulang tadi. Ketepikan udang.
  3. Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk. Masukkan kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa.
  4.  Jika anda ingin kuah pekat, tambahkan serbuk kuah kacang dan beberapa keping biskut cream crackers.
  5.  Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh. Celur sebentar selama dua minit. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee. Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.

Be the first to comment on "RESEPI MEE KUAH DAGING"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


18 + two =