Resepi Mee kari

resepi mee kari

Kali ini admin akan berkongsi pula resepi di dalam kateogri Mee. Post-post sebelum ini tidak ada satu pun resepi mengenai mee. Maka, hari ini admin akan berkongsi resepi mee kari.

Resepi Mee Kari

Bahan-bahan (Untuk 5 hingga 6 orang)

  • 8 ulas bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 10 tangkai cili kering – dikisar
  • 1 cawan udang kering – direndam dan dikisar
  • 1 cawan rempah kari daging
  • Santan dari sebiji kelapa (kalau tak suka lemak boleh kurangkan)
  • 1 ibu jari halia dan lengkuas – dititik
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 keping asam keping dan garam serta gula secukup rasa
  • 600g kaki ayam @ gantikan dengan daging (direbus daging dan boleh ambil airnya) kalau tak suka kaki ayam
  • 10 ekor udang sederhana @ besar – rebus kepala, kisar dan tapis rebusan airnya
  • Fish ball/fishcake serta tauhu sponge yang dah di goreng
  • Mee kuning
  • Tauge dan Sawi celur
  • Kerang – rebus dan ambil isinya
  • Telur rebus , daun sup dan daun bawang , boleh tambah daun pudina untuk rasa lebih segar
  • Bawang goreng dan limau kasturi

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air, serta halia,lengkuas dan serai. Bila dah pecah minyak masukkan kaki ayam dan teruskan masak. Masukkan air rebusan udang dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan santan dan biar hingga merenih. Masukkan fish ball dan udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng.
  2. Kari ni di makan bersama mee kuning, kerang, telur, taburan bawang goreng,sawi, tauge dan hirisan daun sup dan daun bawang (saya lebih suka letak daun pudina sebab rasa lebih segar). Perahkan limau kasturi sebelum makan untuk menambah aroma yang segar.

  Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/18936

Be the first to comment on "Resepi Mee kari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


one × 4 =