RESEPI MEE HAILAM SEDAP

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

Be the first to comment on "RESEPI MEE HAILAM SEDAP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


17 + 10 =