Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-Bahan :
1.Mee kuning sebungkus (kalau makan sorang sikit cukup la)
2.Bawang Merah 4ulas (actually ikut suka..banyak nak masak..banyak la kuantiti)
3.Bawang Putih seulas
4.Cili kering (blend banyak ikut citarasa)
5.Daging or udang or Fishball or Fishcake (actually ikut suka korangz..takda pun takpa)
6.Tomato paste (brand apa pun takpa..sikit pun cukup
7.Sos cili
8.Kicap
9.Garam/Gula/Kiub Pati ayam..nak masukkan ajinamoto pun boleh
10.Sayur sawi / taugeh / buah tomato (bagi yang makan sayor la..)
11.Telur 2biji

Cara-Cara :
1.Blend bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air..tumis didalam kuali sampai wangi

2.Masukkan cili kering yang dah di blend..nak guna cili boh pun boleh juga..kacau sampai pecah minyak..

3.Masukkan cili sos…garam dan sedikit gula…kiub pati ayam dan kicap…

4.Masukkan tomato paste…(tak ada pun xpa..tapi rasa sedap sikit kalau masukkan)

5.Masukkan air..banyakkk pun takpa macam nak buat sup..

6.Masukkan daging or apa-apa bahan yang nak dan biar mendidih..

7.Bila dah rasa okay cukup gula garam semua…pecah kan 2 biji telur kedalam kuah…kacau dan biarkan telur pecah (jangan biar berketul sebab nak likatkan kuah)

8.Masukkan tomato yang di potong-potong (taknak xpa…)

9.Masukkan sayor…

10.Masukkan mee yang dah di basuh dan gaul semua biar sebati…

11.SIAP !! terus makan panas-panas sebab kuah yang banyakkkk tu akan hilang sekelip mata diserap oleh mee…so makan lahh terus ye :p

sumber 

Be the first to comment on "Resepi Mee Goreng Basah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


two − 1 =