Resepi Mee Bandung RIngkas

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 peket mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 biji keledek (size kecil) – direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) – klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng – hiris nipis

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
  6. Meebandung yang nih menggunakan kacang tanah blend utk memekatkan kuah.

Be the first to comment on "Resepi Mee Bandung RIngkas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


one × 2 =