Resepi Laksa Kuah Mentah

Perkongsian dari resepi bonda

Laksa kuah mentah (ganu) actually bukan kuah yg mentah cuma ini panggilan di ganu, lakse cara sebutan ada kuah mentah (kuah lemak) dan kuah merah (mcm laksa johor). Cara persedian mudah dan senang.
Cuma sesetangah bahan macam laksa beras original dari Ganu (putih dan halus sedikit dari laksa kat KL ni).

Bahan2

Laksa beras – di celor dan toskan

Ulaman – limau nipis, daun kesum dimayang halus, timun dimayang halus, cili padi, kobis dimayang halus. (optinal tambah daun saleri – kalau ada)

Bahan Sambal Cili – tumbuk cili merah dengan sedikit belacan

Belacan sikit – kecil-kecilkan

Bahan kuah
3 ekor ikan selayang (kat sini panggil ikan sardin) boleh juga guna ikan kembung (direbus dan asingkan isi dan tulang ikan) isi ditumbuk lumat.
5 ulas bawang kecil **
1 ulas bawang putih**
1 Sudu besar lada hitam **
santan pekat dari 1 biji kelapa
asam keping dan garam secukupnya.
** Ditumbuk dgn lesung, pakai mesin kurang sedap!
Caranya
Rebuskan isi ikan, bahan tumbuk dan santan kelapa.
Rebus sampai mendidih, pastikan senantiasa kacau utk elak pecah minyak .
Masukan asam keping dan garam.
Perasakan.

Ralat : Gambar diambil semasa buat hidangan majlis raya kat opis tapi sambal cili tertinggal  Nak ambil gambar masa makan….sorrylah …sibuk mengunyah he he he…
Selamat mencuba.

Be the first to comment on "Resepi Laksa Kuah Mentah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


two × four =