Resepi Ketam Masak Lemak

BAHAN-BAHAN :

  • 2 kilo ketam  santan – secukupnya 
  • 2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 
  • 3 cm kunyit hidup 
  • 3 batang serai – dititik 
  • 1-2 keping asam keping Garam secukup rasa * Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping . Banyak mana nak guna santan ? pastikan kuah/santan dapat menutupi semua ketam semasa dalam periuk 

CARA MEMASAK : 

  1. Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . 
  2. Semua bawang dan kunyit hidup ditumbuk lumat .
  3. Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . 
  4. Pastikan santan menutupi ketam dalam periuk . 
  5. Masukkan semua ketam , asam keping dan garam . 
  6. Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam ni akan bertukar warna .

Be the first to comment on "Resepi Ketam Masak Lemak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


14 + six =