RESEPI KEK CHEESE MELELEH


Resepi : Cheese Cake Meleleh

Untuk Kek:

  • 100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75g mentega cair

Cara:

  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
  2. Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150’C selama 45 minit.

Untuk Cream:

  • 250g cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream

*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:

  • 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:

  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
  2. Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
  3. Parutkan cheddar cheese di atas kek.

1 Comment on "RESEPI KEK CHEESE MELELEH"

  1. Terima kasih, kek cheese meleleh yang nampak sungguh sedap. Nanti kena cuba ni.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


one × 3 =