Resepi kek batik mudah dan simple

1. Buttercup 250gram
2. Susu pekat manis 1 tin
3. Milo sepeket kecik 200 gram
4. Telur 2 bijik
5. Biskut Marrie perisa original sepeket 300 gram
Cara Membuatnya.
1. Memula cairkan buttercup. Tengok api. Slow je. Kalau tak nanti butter hanget.
2. Bila butter dah cair, masukkan susu pekat manis satu tin. Godak-godak sampai mesra bob mesra af2.

3. Bila susu and butter dah campur mesra masukkan milo sepeket. Kacau kacau sampai tadek bergentel. Api mau kecik ok? Jangan guna api besar nanti hanget. Dah dua kali pesan ni kalau tak ikut jugak tatau la.
4. Pecahkan dua bijik tulur dalam mangkok. Sebab takot kalau masukkan straight away sekali telur busuk ke? Nanges la ko kat situ kan? Pastu tangan kiri kacau kacau kacau and tangan kanan masukkan telur sikit demi sedikit and keep on stir sebab takot telur masak nanti jadik ketul-ketul pulak.
5. Bila semua dah sebati, masukkan biskut marrie yang korang patahkan-patahkan 3 or 4. Jangan halus-halus sangat nanti hancur. Patah 3 or 4 just nice. Biar semua bergaul sebati and menyalut every biscuit.
6. Dah siap semua, masukkan dalam bekas. Masukkan semua. And lepas tu padat-padatkan. Baru la cantik nanti time potong nampak lapis-lapis dia. I amek plastic bersih salut pada tangan and tekan-tekan bagi padat Boleh tahan panas jugak. Ada orang letak biskut selapis, adunan coklat selapis. Pastu biskut balik sampai la habes. I tak merajin.
7. Lassst sekali, taburkan la susu or oats or nestum on top. Tanak letak pon takpe. Dah cukup sedap dah. Siapppppppppppp!!!
Masukkan dalam peti and tunggu la sejuk. Nanti time nak potong kena guna pisau tajam tau? Tekan sampai kebawah. Yang ni korang akan dapat chocolate yang banyak. Meleleh-leleh coklat dia. If nak tambah lagi suku peket biskut merrie pon ok. Nanti rupa dia ok la sikit tak bersememeh dengan coklat. Tapi sebab Sazli suka yang banyak coklat macam ni, I letak sepeket je biskut.

Sumber:http://surayasulatin.blogspot.com/2014/05/resepi-kek-batik-lazat-yang-simple.html

Be the first to comment on "Resepi kek batik mudah dan simple"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


two + 17 =