Resepi Ikan Stim Simple Sesuai untuk sahur

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

Baha-bahan

1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar ( ikut suka nak pakai ikan apa)
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan airGaram, gula
Daun ketumbar, daun bawang


*Cara Menyediakan *
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.

Be the first to comment on "Resepi Ikan Stim Simple Sesuai untuk sahur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


5 × 5 =