Resepi Ikan Percik Special

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung (atau ikan termenung) yang besar  – Amie gunakan seekor ikan sebelah seberat 1.2 kg
1 mangkuk penuh santan
5 – 10 biji cili kering atau 10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
sedikit belacan – jika suka
1 camca besar gula – Amie gunakan gula melaka
1 kepng asam gelugur
sedikit kunyit – ditumbuk
garam secukup rasa

Cara:
1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, belacan, kunyit berdama santan.
2. Masak atas api dan masukkan asam gelugur. Kacau hingga pekat.
3. Sementara menunggu kuah pekat, lumurkan ikan dengan garam dan bakar hingga separuh masak.
4. Bila kuah agak pekat, sesuaikan dengan rasanya, dan angkat.
5. Lumurkan atau percikkan kuah pada badan ikan bakar. Ulang di bahagian sebelah lagi.
6. Buat beberapa kali hingga kuah melekat pada ikan.
7. Bila masak, bolehlah dihidangkan.


Be the first to comment on "Resepi Ikan Percik Special"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


17 − 17 =