RESEPI IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh guna seperti kembung, bawal dll)
  • 2 sudu besar atau secukupnya taucu
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 batang karot ~ potong kecil
  • 1 batang timun ~ potong kecil
  • 1/2 biji lada benggala ~ potong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan gula
  • Air
  • Minyak.

Bahan hiris/mayam:

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 2 biji bawang besar(boleh kurangkan)
  3. 1/2 inci halia
  4. 5 biji atau lebih cili api.

Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula(jika tidak masin bolehlah tambah garam/taucu). Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya. Kuah bergantung pada citarasa.
4. Masukkan carrot, lada benggala dan timun, kacau rata.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.

Be the first to comment on "RESEPI IKAN MASAK TAUCU"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


nine + seven =