Resepi Daging Masak Kurma Ringkas

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo daging goreng – direbus
  • 5 sb rempah kurma
  • 1 cawan susu sejat
  • secukup air utk merebus daging
  • minyak dan garam
  • 4-7 batang lada hijau *
  • 3 biji tomato *
  • 10 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2-3 tangkai daun ketumbar *
  • 3 hiris halia muda *

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 * hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma,gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering.
  3. Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata.
  4. Masukkan susu dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi.

Be the first to comment on "Resepi Daging Masak Kurma Ringkas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twelve − 1 =