RESEPI DAGING GORENG SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN :

  • 500 grm daging batang pinang
  • 6 sudu besar kicap manis – boleh tambah
  • 3 sudu besar cili sos
  • 1-2 cawan air
  • Garam secukup rasa – jika perlu

BAHAN DIKISAR :

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji ulas putih
  • 3 cm halia
  • 5 biji cili kering
  • 2 batang serai – saiz besar

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian digaul dengan garam serta kunyit . Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang dalam 15-20 minit . Angkat daging dan ketepikan .
  2. Cili kering dipotong dan direndam dalam air panas mendidih sehingga kembang . Kupas semua bawang dan bersihkan halia kemudian kisar semua bahan-bahan ni . 
  3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan dikisar sampai masak serta terbit minyak . Masukkan bawang besar serta daging yang sudah digoreng tadi , kicap secukupnya dan cili sos . 
  4. Kacau semua bahan serta masukkan air dan kacau . Biar kuah mendidih dan daging menjadi empuk serta kuah menjadi pekat jika kurang masin boleh la ditambah kicap lagi atau ditambah sikit garam .
SUMBER; SINI

Be the first to comment on "RESEPI DAGING GORENG SAMBAL KICAP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twenty − three =