RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

BAHAN-BAHAN

Untuk paste
200 gm udang ( nak lebih pon boleh)
250 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
 garam dan gula secukup rasa
Untuk Kuey teow
200 gm kuey teow (anggaran 1 cekak untuk seorang makan)
1 sudu makan cili kisar
kerang
taugeh dan kucai
1 biji telur
Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. (Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama).

Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

** Proses memasak kue teow ni hanya mengambil masa dalam 3-4 minit saja…Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini bagi mengelakkan ianya hangus.

Be the first to comment on "RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


seventeen − nine =