RESEPI BEBOLA DAGING ALA MASALA


Bahan-bahan Bebola Daging:

  • 600 gram daging cincang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 hiris halia [ditumbuk halus]
  • 4 ulas bawang putih [ditumbuk halus]
  • 1ulas bawang besar [ditumbuk halus]
  • 1 biji telur
  • garam secukupnya

Bahan-bahan Masala:

  • 2 biji tomato
  • 1 ulas bawang besar [dihiris]
  • 3 ulas bawang putih [ditumbuk]
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • tomato puree
  • sos cili
  • 5 sudu besar pati limau
  • garam, gula secukupnya
  • sedikit air

Cara-Cara memasak bebola:

  1. campur semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati
  2. didihkan air dalam periuk dan masukkan isi daging cincang yang telah dibulat-bulatkan seperti bebola ketika air sedang mendidih.
  3. tunggu sehingga bebola itu timbul dan tos kan. 

Cara-Cara memasak kuah Masala:

  1. panaskan kuali dan letak minyak
  2. masukkan bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
  3. masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air.
  4. akhir sekali, masukkan bebola yang dah siap direbus tadi ke dalam kuah masala.

*kalau nak daging tu lbeh keras, goreng dulu sebelum masukkan dalam kuah masala.

SUMBER: SINI

Be the first to comment on "RESEPI BEBOLA DAGING ALA MASALA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


4 × 1 =