Resepi Ayam Masak Serai


Ayam masak serai
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
  2. Angkat ayam dan toskan minyaknya
  3. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  6. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Be the first to comment on "Resepi Ayam Masak Serai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


six + 3 =