Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2017 – MARA

Syarat Kelayakan Bagi Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2017

  1. Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2017 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan

  2. Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.

  3. Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).

  4. Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.

  5. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.                              

  6. Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang online06.mara.gov.my/ependahuluan/.

  7. Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri yang berhampiran bagi menerima pembayaran setelah permohonan diluluskan.

  8. Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.

  9. Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).

  10. Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

     

    03-2613200/2042/2110/2038    Emel : infobpp@mara.gov.my

Be the first to comment on "Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2017 – MARA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*