Permohonan Rumah Bina Negara RISDA

Syarat-syarat permohonan :

1.  Warganegara Malaysia
2.  Generasi Kedua Luar Bandar
3.  Pemohon mestilah bermastautin di kampung.

4. Berumur di antara 18 hingga  45 tahun.

5. Pendapatan seisi rumah bulanan kurang daripada RM 4,000.00.

6. Sudah berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

7. Pembeli rumah pertama atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.

8. Mempunyai tanah yang bersesuaian dan tiada sekatan untuk tujuan pembinaan dan bebas daripada sebarang cagaran, sekatan atau telah dikaveatkan untuk tujuan lain.

9. Mempunyai tanah milik sendiri/ibu/bapa dan tidak melebihi 2 penama.

10. Hanya sebuah unit Rumah Bina Negara sahaja boleh dibina untuk satu lot
tanah yang dimohon.

11. Semua pemilik tanah bersetuju mencagarkan tapak tanahnya yang ingin di bina Rumah Bina Negara.

12. Sebarang kos penyediaan tapak di tanggung sepenuhnya oleh Pemohon.

13. Pemohon mestilah memastikan terdapatnya kemudahan penyambungan sesalur dan utiliti (elektrik dan air).

14. Mempunyai Penyata Bank / Slip Gaji / Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan sebagai bukti kemampuan boleh bayar balik pinjaman.

Mohon disini :  https://www.risda.gov.my/index.php/my/media-risda/pengumuman/berita-terkini-pengumuman/2094-permohonan-rumah-bina-negara-risda

Be the first to comment on "Permohonan Rumah Bina Negara RISDA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*