Permohonan pinjaman PTPTN Online

Permohonan pinjaman PTPTN Online. Pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS layak untuk membuat permohonan Pinjamwn PTPTN.

Permohonan pinjaman PTPTN Online

Permohonan pinjaman PTPTN Online

Permohonan pinjaman PTPTN boleh di buat melalui Link d bawah :
PERMOHONAN PTPTN ONLINE

Peringatan mesra untuk para pemohon.

I) Pelajar yang masih belum mempunyai Akaun SSPN-i diminta untuk membuka akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam atau Agrobank bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.

(II) Pelajar yang membuka akaun SSPN-i di Maybank dan Bank Rakyat boleh membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pada hari yang sama manakala bagi pembukaan akaun SSPN-i yang dibuat di BIMB dan Agrobank, permohonan pembiayaan pendidikan hanya boleh dilakukan pada keesokan harinya.

(III) Pelajar dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat kelayakan masuk ke IPT yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di IPT masing-masing sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN secara “online”. Ini bagi memastikan pelajar mematuhi syarat permohonan seperti mana yang telah ditetapkan oleh PTPTN.

(IV) Permohonan pembiayaan PTPTN yang diluluskan adalah kelulusan bersyarat. PTPTN berhak untuk membatalkan kelulusan tawaran pembiayaan sekiranya berlaku ketidakpatuhan syarat kelayakan masuk ke IPT(sila rujuk syarat kelayakan masuk dengan pihak IPT), terdapat perbezaan maklumat permohonan dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN dari masa ke semasa ketika sesi semakan dan penyerahan dokumen tawaran kepada PTPTN.

(VI) Semua permohonan pembiayaan PTPTN bagi pelajar yang menggunakan akaun Bank CIMB adalah menggunakan nombor akaun baru 10 digit. Sila hubungi pihak CIMB untuk mendapatkan nombor akaun baru tersebut.

Permohonan pinjaman PTPTN Online. Semoga dpt membantu para pemohon.
Tarikh tutup permohonan :
Klik sini

Be the first to comment on "Permohonan pinjaman PTPTN Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*