Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online

Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online

Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online. Para pelajar kini boleh membuat permohonan secara online melalui portal rasmi PTPTN.

Syarat Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPT sahaja.
  2. Pemohon hanya boleh membuat hanya satu permohonan sahaja pada satu masa.
  3. Nombor PTPTN boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional. Nombor PTPTN yang dibeli hanya sah dalm tempoh masa 6 bulan sahaja dari tarikh pembelian.
  4. Pemohon digalakkan untuk mengunakan email rasmi sahaja untuk berurusan dengan pihak PTPTN.
  5. Bagi pemohon yang pertama kali memohon, sila daftar dahulu. Setelah mendaftar, sila log masuk ke dalam portal rasmi PTPTN.
  6. Pemohon hendaklah menyelesaikan hutang terdahulu pembiayaan lama sekiranya mendapat pembiayaan PTPTN tetapi gagal atau berhenti. Atau mendapat penaja lain. Atau membatalkan pembiayaian pendidikan PTPTN.
  7. Pemohon hendaklah mengisi borang maklumat dengan betul. Setiap permohonan yang telah dihantar dan disahkan TIDAK BOLEH dikemaskini.

Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online

Maklumat Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online

Penguna kali pertama   Daftar Kali Pertama PTPTN
Log in masuk   Log In
Semak tarikh tutup permohonan   Tarikh Tutup Permohonan
Syarat permohonan PTPTN   Klik Sini Untuk Syarat Pembiayaan PTPTN

Pengumuman tambahan

  1. Pemohon yang belum mempunyai akaun SSPN-i dikehendaki untuk membuka akaun di Agrobank, Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank .
  2. Bagi pemohon yang telah membuat akaun di Maybank dan Bank Rakyat, anda boleh membuat permohonan di hari yang sama. Bagi pemohon yang telah membuat akau SSPN-i di CIMB dan Agrobank pula, anda boleh membuat permohonan pada keesokkan harinya.
  3. Pemohon digalakkan untuk menyemak syarat kemasukkan ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah diluluskan oleh KPM sebelum membuat permohonan secara online di portal rasmi PTPTN. Ini bertujuan agar pemohon mematuhi syarat permohonan seperti yang ditetapkan oleh PTPTN.
  4. Semua permohonan pembiayaan PTPTN adalah bersyarat. Pihak PTPTN berhak untuk membatalkan kelulusan tawaran pembiayaan sekiranya pihak PTPTN mendapati ketidakpatuhan syarat kelayakan masuk ke IPT, perbezaan maklumat pemohon dan tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
  5. Semua permohonan pembiayaan PTPTN mengunakan akaun CIMB 10 digit.

Semoga perkongsian Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online ini bermanfaat kepada anda

Be the first to comment on "Permohonan Pembiayaan PTPTN 2018 Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*