Permohonan Kemasukan ADTEC Kulim 2017

 

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga institut. Selaras dengan ini, terdapat 5 program kemahiran yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran semasa ditawarkan.

 

Program kemahiran yang ditawarkan di ADTEC Kulim terdiri daripada lima (5) bidang, iaitu;

1. Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan)

2. Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

3. Diploma Teknologi Mekatronik

4. Diploma Teknologi Elektronik

5. Diploma Teknologi Telekomunikasi

 

Syarat Am kemasukan ialah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17 hingga 35 tahun

2. Boleh membaca, menulis & mengira

3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

LEPASAN SPM & SETARAF

Syarat Khas Program yang ditawarkan:

Mempunyai SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek:

1. Bahasa Melayu:

2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan

3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal; serta

4.  LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah

Mohon disini:

http://www.adteckulim.gov.my/adtec/eMohon/mohon-skm.php – Kelayakan SKM

http://www.adteckulim.gov.my/adtec/eMohon/mohon-spm.php – Kelayakan SPM

 

LEPASAN SKM & SETARAF

1. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan:

2. LULUS dalam temuduga yang dijalankan.

Pelajar yang berjaya menamatkan program mereka di ADTEC Kulim akan dianugerahkan Diploma Teknologi yang telah diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan, sila  hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) di talian 04-4042975 / ext: 136/142

Be the first to comment on "Permohonan Kemasukan ADTEC Kulim 2017"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*