Ketam Goreng Sumbat Sedap

Ketam Goreng Sumbat Sedap. Enak berkrim disukai ramai hingga menjilat jari. 

Ketam Goreng Sumbat Sedap

Ketam Goreng Sumbat Sedap

Ketam Goreng Sumbat Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan
  • 4 ekor ketam – asingkan isi dan kulitnya
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • sebiji bawang besar – dicincang halus
  • cili hidup secukup rasa – dicincang halus
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam dan perasa
  • sedikit daun bawang dan daun sup-dihiris halus 
  • 1 biji telur
  • Minyak masak

Cara-cara menyediakan

Cuci kulit ketam hingga bersih dan ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan termasuk isi ketam dan telur didalam sebiji mangkuk hingga sebati. Jika terlalu cair boleh ditambah tepung.
Kemudian masukkan bahan yang digaul tadi didalam kulit ketam. 
Biarkan selama 10 minit. 
Panaskan minyak dan masukkan ketam ke dalam kuali dengan minyak yang sederhana panas. Supaya isi didalamnya masak dengan baiknya.
Selepas nampak garing bolehlah terbalikkan ketam tersebut. 
Goreng sehingga masak. 
hidang diatas pinggan dengan hiasan tomato dan salad dan daun sup.
Ketam Goreng Sumbat Sedap
Selamat mencuba Resepi Ketam Goreng Sedap 

Be the first to comment on "Ketam Goreng Sumbat Sedap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


eighteen − one =