DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:-

  • 1/2kg daging – salai kemudian hiris nipis
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3cm kunyit hidup – blend halus
  • 30 biji cili padi – blend
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2-3 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:-

  1. Salai daging, potong dan ketepikan. 
  2. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
  3. Bila mendidih masukkan daging, daun kunyit, garam dan santan pekat. 
  4. Kacau hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.

Be the first to comment on "DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


2 + ten =